Tuesday, November 26, 2013

Telur Atau Ayam Goreng

holla all

seminggu juga tak update. broke up the promises. ekekekeke

sebenarnya i tersangatlah tak cukup masa. mana tak nya, minggu ni 2x i ke Kota Bharu. walaupon i ada flight complimentary tapi i driving pergi sana sebab i boleh bawa Mak dan Adik berjalan kan? nampak tak betapa family woman nya i :)

cerita pasal Kota Bharu tu nanti nanti lah. ni cerita pasal semalam selepas i hantar kereta untuk di servis. dek kerana i lambat i telah meminta Pak Mail untuk membawa kereta i untuk di servis di Pusat Perodua. jadi masa tu da pukul 2 petang memang tak sempat nak siap lah.sebab banyak sangat kereta. jadi i suruh Pak Mail bawa balik, hari ni (Selasa) suruh Pak Mail servis dan esok (Rabu) i akan datang ambil. nasib la Pak Mail sangat berbaik hati 

i pergi naik kereta. jadi bila kereta dah kat Pak Mail, i kena balik naik train. lepas tu i rasa macam, hurm nak naik bas la. dekat sikit mak nak jemput. i pon terkedek kedek memanjat bas. i manusia yg tak kisah, naik bas boleh naik train boleh, naik kereta boleh, naik motor boleh. tak ada pantang larang pon. i cuma tak suka naik kenderaan yg busuk dan panas. itu sahaja 

i dalam bas, depan i duduk lah seorang bapa bersama seorang anak perempuan dalam usia 7 tahun dan anak lelaki 5 tahun. anak anak bersih cuma kurang terurus. si bapa membawa beg besar yg diisi baju. si bapa mungkin berusia lewat 40an atau awal 50an. mula tertanya tanya, mana isteri dia?

tiba tiba, terdengar perbualan yang berbunyi begini ;-

anak : abah malam ni kita makan telur goreng ke?
bala : *diam
anak : abah abah.abah banyak duit nanti abah beli ayam.abah masak ayam goreng


si bapa hanya diam dan mengangguk. mungkin malu mungkin juga mengiyakan kata kata anaknya. sampai hari ni i masih tertanya tanya dimanakah isterinya? ibu kepada anak anaknya. meninggal dunia atau bercerai? 

i meletakkan kehidupan di masa akan datang. sekiranya ada anak, dan umur tak panjang untuk bersama sama dengan anak anak, apakah nasib anak anak i ketika itu? sekiranya bapa anak anak i adalah lelaki yg sedang bertakhta di hati i sekarang, i yakin dia mampu jaga anak anak dengan baik dengan bantuan 'maid' tapi hidup tak sentiasa di atas. macam mana pulak i di tempat itu. tidak punyai suami dan harus membesarkan anak anak. secekal mana hati i untuk mengharungi kehidupan itu kelak

insha Allah, jika bertemu jodoh i dengan si dia cerahlah masa depan anak anak i dan i berjanji dengan diri sendiri akan memberi kehidupan yg jauh lebih baik kepada anak anak i kelak. sekiranya. so mak cik mak cik busy body kat luar sana yg kecoh sangat cakap i memilih, i ada alasan kenapa i memilih. i memilih lelaki yg boleh bimbing dan menerajui keluarga dengan baik serta menjamin masa depan anak anak i kelak. kita tak tahu apa di hadapan, sebab tu kita kena lebih berhati hati

dalam kes ni i tak salahkan sesiapa. mungkin itu bahagian dia yg telah ditetapkan tetapi dia masih boleh ubah kehidupan dia dengan lebihkan sedikit usaha. kesusahan hari ini, mana tahu salah seorang daripada anaknya nanti bergelar usahawan berjaya kan? semoga dia terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak anak dalam kehidupan yg semakin mencabar tekanan dari arus kemodenan dan kemajuan yg kita nikmati sekarang. kita yg menikmati kesedapan di dalam kehidupan, ambil sedikit masa untuk mengucapkan syukur dan lihatlah di belakang kamu, masih ada mereka yg jauh lebih susah yg kamu sendiri tidak tahu

Assalamualaikum

Thursday, November 14, 2013

I Got 3A's and 2B's. And You?

holla darlas

tahniah untuk adik adik UPSR yang dah dapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. yang dapat 5A semoga mengekalkan kecemerlangan di peringkat seterusnya. yang tak dapat apa diharapkan usaha lebih lagi dan teruskan berusaha. UPSR dik, dunia belum berakhir. masoh ada masa membuktikan anda juga akan berjaya dan mampu berjaya

i dulu UPSR dapat 3A dan 2B. masa tu tahun 1999. lamo bonar dah tu. tapi ni peperiksaan kedua terbesar untuk i sebab masa darjah 3, i dah melalui peperiksaan besar. i tak ingat nama peperiksaan tu, tapi for those got their sceme achievement, they will jump to standard five automatically. kiranya tak payah masuk darjah 4 lah. 


dulu masa keluar keputusan periksa, Guru Besar panggil pergi meeting room. sekolah i masuk tu sekolah baru. pelajar pon adalah dalam 40 - 50 orang. muat lah masuk meeting room. masa itu Pn Siti Hajar jadi Guru Besar. keputusan sorang demi sorang di bacakan. nervous woih nama i tak di panggil. ada lah few names lagi.

lepas tu Guru Besar sebut nama i dengan beberapa yang belum sebut nama tu untuk berdiri dan murid lain kena tepuk tangan. lagi lah bapak nervous. lepas tu Guru Besar pon umumkan, NURULAIN BINTI OTHMAN 3A 2B. alhamdulillah! macam nak menari tanggo dalam tu. lagi beberapa nama tu, Yunos, Atiqah & Sofi 5A, Habibah 4A 1B. kira i dalam ranking paling bawah di antara yang dapat anugerah kecemerlangan ni. sob sob


tapi jujurnya masa tu i bangga gila kot. dapat buat Mak Abah happy. parents mana tak happy kalau anak buat dorang dapat keputusan yg boleh lah dikira baik. kalau lepak kedai kopi orang tanya " anak kau dapat berapa? " haaa masa tu boleh lah dengan steady jawab " 3A 2B ". tak payah lah nak err err kan? tapi kepada mana mana ibu bapa jangan lah merasakan malu nak berkongsi keputusan anak. anggaplah itu semua rezeki untuk sedapkan hati dan masyarakat. ibu bapa yg anak score straight A jangan pulak tanya keputusan anak orang.

masa sekolah rendah i kinda active person. kalau pentas sekolah tu asik muka i je naik. Pidato? nah muka ni. Perbahasan? muka ni lagi. Nasyid? muka ni. Sajak? i lagi. Syair? i lagi. Bercerita? i lagi. Kuiz ke apa ke semua muka i. kalau berkumpulan muka i mesti terselit. gila glams sangat. muahahaha


masa sekolah kalau sekolah dalam Hulu Selangor dah puas i jelajah, paling besar i wakil daerah untuk pertandingan Sajak & Bercerita kat Perpustakaan Negeri kat Shah Alam. i rasa lah nama tempat tu macam tu. sebab anjuran PPAS ( Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor )

sampai sekarang i masih rindu zaman sekolah rendah. cikgu paling i ingat Cikgu Saiful ( SK Gedangsa ), Cikgu Khusnan (SK Gedangsa), Cikgu Zaitun (SRK2 KKB) dia penah cubit i sampai birat, Cikgu Khuzil (SK Ampang Pecah), Cikgu Haniza (SK Ampang Pecah), Cikgu Juliana (SK Ampang Pecah), Cikgu Ton (SK Ampang Pecah), Cikgu Syamil (SK Ampang Pecah), Cikgu Lim Boon Chai (SK Ampang Pecah), Cikgu Rosli (SK Ampang Pecah), Cikgu Fazliyaton (SK Ampang Pecah), Ustazah Mawarni (SK Ampang Pecah). wow! banyak juga cikgu yang i masih ingat. ni cikgu sekolah rendah je tau.

terima kasih buat semua guru guru yg pernah mendidik dan mengajar dari mengenal ABC sampai apa yg i da kecapi sekarang. thanks to my parents cause always supported me in a good ways. love all of you

Monday, November 11, 2013

This I Promise You

Assalamualaikum
holla darlas

ok tetiba tajuk lagu NSync kan? ok tetiba boyfriend SMS " i call you jawab dan dengar je " selepas i jawab OK terus dia call dan tiba tiba lagu ni. muahahaha by the way handphone i masih dalam kereta dia. handphone i sedang bercuti di negeri jelapang padi iaitu Kedah. asalnya i charge phone dalam kereta dia kemudian tertinggal phone masa dia nak balik kampung hari tu. 



hari hari yg terlalu amat bosan tanpa sesuatu di panggil 'smart phone'. i bukan gadget freak ke anti social ke. tapi sangat 1 kepentingan dan keperluan. habis kredit i RM30 minggu ni. i pakai 2 number, yg 1 ni memang untuk buat call. habis sebab i can't whatsapp. semua benda nak tanya i prefer to call. sebab i tak nak lah orang lain kena bazir kredit balas SMS melayan soalan atau apa apa kepentingan i.


hari tu i ala ala berjanji nak update hari hari lah blog ni. tapi inilah di panggil JANJI. alah buat JANJI tu senang nak melaksanakan je yg susah. sebab tu lebih ramai yg suka buat JANJI dari melunaskan JANJI. termasuk lah i. kadang kadang secara tak sengaja ter JANJI. tetapi sebab adanya perkataan MAAF sebab tu ramai yg ingkar pada JANJI. kalau yg biasa biasa tu ok lah. kalau yg tak biasa tu kalau selalu sangat pon menyampah juga kan?

kalau rasa diri sendiri tak mampu nak melaksanakan JANJI jangan lah ber JANJI kerana JANJI itu tersangatlah BERAT sifatnya. walaupon bunyi nya amat mudah tetapi jangan lah segera membuat janji kerana kita masih ada perkataan INSHA ALLAH atau bahasa melayu nya, jika diizinkan Allah.
 

semalam i betting dengan boyfriend berkenaan MU vs Arsenal. sebab i macam confident je i pon cakap, " kalau team i menang you nak bagi apa? "  mula mula dia jawab " eleh.kalau menang pon bukan you yg main ". tsk tsk. then dia terus cakap " kalau team you menang i bagi you iPad Mini i ". muahaha sebenarnya tu yg i nak dengar. eleh dia bukan guna sangat pon sejak beli. hanya gunakan untuk gaming sahaja. tak pon check email. serious kau membazir je beli menalah tu okay.

lepas tu dia cakap " kalau team i menang macam mana? " huh? jeng jeng jeng. memang tak lah i nak bagi dia apa apa kan. " sebab i rasa MU menang malam ni, just a simple deal. kalau MU menang, esok (ISNIN) you belanja i tea break? boleh? " okay okay. takda hal lah. sebab Arsenal kalah maka punahlah harapan i nak main Candy Crush dgn iPad Mini percuma. aiyem so sad brah.


mengikut JANJI i kena belanja hari ni. disebabkan dia baru on the way ke KL dari Jitra pukul 3pm tadi rasa rasa patot tak i tunggu dia? hahaha jadi dia pon cakap " i'm sorry dear. i can't make it today. how about tomorrow? " yes! yes! i suka peluang ni. " ok. but it will be your turn my treat is only for today. Thanks God " hahahaha. ni benda benda selalu terjadi. i tak suka JANJI dengan boyfriend. kalau JANJI pon i tak akan mengharap sebab dia terlalu lalu lalu sibuk dengan kerja. tapi takpa i faham.


i nak jumpa petang ni sebab i nak handphone i. sebab i da jammed sangat ni. dengan contacts i dalam tu. banyak sangat urusan i selepas dapat handphone esok. paling i tunggu nak jumpa dia lah. kapan kamu mahu pulang? aku kangen banget sama kamu. ini SMS yg aku hantar setiap 2 hari dalam seminggu lebih ni. kah kah kah


jadi pengajaran yg i nak bagi tahu, kepada yg ber JANJI bila tak dapat tunaikan JANJI tu segera beritahu dan minta MAAF jangan lah buat tak reti atau buat buat lupa. tapi kalau memang da terlupa tu nak buat macam mana. setiap orang ada alasan sendiri kan? kita hanya merancang tetapi DIA ada perancangan yg lebih baik untuk kita. setiap yg terjadi akan tiba masanya. tidak akan awal sesaat mahu lewat sesaat. lagi pon kita ada perkataan INSHA ALLAH kan lebih manis jika kita gunakan perkataan itu ye dop. kerana kita hanya merancang sahaja manakala JANJI Allah itu pasti dan akan tiba tepat masanya.

selamat malam cinta ku








Wednesday, November 6, 2013

SPM and ME

Assalamualaikum
holla holla :D

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM bagi mereka yang lahir tahun 1996
yang repeat paper pon Good Luck juga 

i SPM Tahun 2004. korang? teka lah i lahir tahun berapa? tekalah umur i berapa? okey i lahir 1987 dan berumur 26 tahun. tak yah lah kira. i da kategori kakak kakak da da melepasi pertengahan 20an menuju ke 30. urghhh tuanya rasa


mengimbau pada Tahun 2004 masa i masih muda remaja masih geletis geletis macam keladi di tengah air. tapi i jenis serius dalam study. walaupon nampak i macam banyak main dan boleh mohon kerja jadi Polis Peronda yg asik meronda 1 taman tapi masa belajar i memang belajar. FOKUS

kalau cikgu tengah mengajar mimpi lah nak ajak i berborak. melainkan cikgu tu membosankan i atau i memang tak suka cikgu tu. hahahaha i suka belajar tapi kadang kadang sebab cikgu tu buat pelajar yg rajin macam i jadi malas. serius okay


lagi 1 jenis cikgu yg ada pelajar favourite dan pilih kasih. kau pandai mana pon dia tak pandang sebab dia ada favourite student dia. dan suka pandang rendah pada pelajar yg lemah. i paling benci manusia yg macam ni. tak kisah lah cikgu ke cikgi ke cikga ke, ingat amanah dan tanggungjawab seorang GURU bukan hanya sekadar menggunakan kuasa. kerjaya yg mulia seringkali tercalar dengan sikap sebilangan kecil yg kurang memahami konsep dan pengisian amanah itu

pada masa ni la pelajar memerlukan sokongan moral dari keluarga. lebih lebih lagi ibu dan ayah. sebolehnya minggu SPM ni, ibu dan ayah bagi sedikit ruang kebebasan minda pada anak anak. maksud i jangan lah asyik membebel yg enggak enggak. bebas tapi masih dalam pemantauan

masa SPM dulu, i masih ada kebebasan nak pergi Pasar Malam, jadi Polis Peronda, baca majalah, sms boyfriend, makan mamak etc etc. tapi kena lah tau batasan dan had yg dibenarkan. contoh malam ni ada study group, malam esok i boleh tengok Astro sampai pagi. muahahaha
tapi ibu dan ayah kalau nak tegur anak pon tegur lah secara mesra.contoh ya;

A) Samad!!kau ni apa nak jadi la.baca buku pon malas.kau ni nanti layak kerja kedai tayar je

B) Samad, mak tengok kau tak baca buku pon. kau kan nak exam lusa. cuba lah ulangkaji, bukan untuk mak tapi untuk kau juga nanti. Mak kalau boleh biarlah kau jadi Doktor 

C) Samad! Kau pergi baca buku sekarang. kau jangan nak malukan aku nanti. anak orang lain berkejar masuk U kau tu nanti jadi pion je. anak orang lain berjaya kau tu??


homaigad. parents jenis A dengan C ni aku ada perasaan ishhh sikit. i tak tahu lah korang tapi i memang tak boleh. mungkin sebab i tak dibesarkan dengan cara macam ni. kata kata ibu bapa tu kan doa. apa salahnya cakap elok elok. walaupon ada makcik yg akan cakap " eh, kau apa tau? aku yg besarkan anak aku. aku tahu lah macam mana nak cakap dengan dia ". okay okay. i know, they're not my kids. tapi asal berjaya je mesti Doktor. apa pada pemikiran kita ni Kerani cabuk kat kilang tu tak berjaya ke? faham tak apa istilah BERJAYA? macam tu semua orang kena jadi Doktor baru lah diakatakan berjaya kan?

aku berjaya.kau loser.

kita juga kena lah tahu kemampuan kita. dan ibu bapa juga harus sedar. kalau kemampuan anak tahap LULUS semua janganlah expected dapat straight A sebab tak nak malu dengan jiran. kita patut malu dengan Allah bila kita tak dapat terima hakikat. tak semua bertuah dilahirkan dengan otak yg cerdas dan pintar. pemakanan dan persekitaran sejak kecil tu yg membantu minda anak anak ni membesar. kalau umur 17 tahun baru paksa makan kismis sebotol sehari pon belum tentu dia ingat semua dia belajar 1 tahun tu. tapi janganlah pulak menyalahkan takdir " aku ni bodoh .tak macam kau pandai ". haa kalau cakap macam ni, nak tengok dia bodoh ke tidak suruh dia terjun loji. kalau terjun memang tak dapat buat apa kalau dia tak terjun maknanya dia masih ada akal untuk berfikir. jadi kalau nak BERJAYA dia mesti boleh fikir apa usaha dia perlu buat. kalau dah USAHA masih belum capai, mungkin USAHA tu belum cukup dan rezeki tak berpihak pada dia.



study management korang macam mana pulak? i bangsa yg last minute study tapi bukan 15 minit sebelum exam. contoh nya kalau exam esok pagi, malam ni i akan study dan baca. kira macam persiapan akhir lah ni. sebab biasanya, lepas belajar kat sekolah weekend i akan buat summary apa i dah belajar dan i akan tulis atas kertas lain yg i boleh lipat lipat. sebab manusia ni sifatnya suka pada yg cantik kreatif lah guna pencil warna ke apa ke. tapi i punya guna pen biru-merah-hitam dan pensil je. i suka yg simple. sometimes, less is more brah :D
okay back to study management, i akan baca malam sebelum exam. walaupon i ada niat okey tido awal, pukul 4 pagi nak bangun. sudahnya memang 630 pagi baru i bangun. i boleh study paling lama 3 jam. sebab tu i fokus dalam kelas sebab i tahu i tak boleh study lama lama. jadi korang kena lah sedar diri korang kat mana. kalau rasa korang bangsa yg kena study 8 jam sehari selamat lah korang masa nak buat Thesis kat universiti nanti. ekekeke. anda buat anda dapat. macam i, i buat untuk 5A je, kalau korang rajin buatlah jadi 13A

SPM ni bukan penentu masa depan. kita kena sedar, masa depan kita sentiasa berubah berubah dengan apa yg kita lalui hari ni. masa depan adalah perkara yg kita tak dapat jangka. contoh macam Pak Cik Azman Nayan, dia sendiri tak tahu sebalik insiden kena maki jantan dayus oleh bini Mat Yo hari ni dia jadi pelakon. kalau kau gagal SPM itu cuma 1 dari cabang kehidupan. SPM ni memulakan permulaan melangkah ke arah kehidupan matang. selepas SPM ni habis sudah zaman manja minta di suap. kalau yg masuk Uni di sana nanti kau akan belajar menguruskan kewangan PTPTN. muahahaha
adakah PTPTN untuk 1 semester akan habis dalam tempoh 1 bulan atau cukup sampai habis semester. yg terus bekerja kau akan rasa macam mana susah ibu dan ayah cari duit dan lebih menghargai wang syiling 10 sen. tak percaya tengok lah :D


okay panjang sangat ni. ni cuma pandangan seorang bernama AIN daripada penglihatan dan pengalaman di usia 26 tahun. itu pandangan peribadi i. kalau tak suka i minta maaf. pada yg tengah SPM pastikan cium tangan ibu dan ayah semasa keluar rumah dan di restui melangkah ke dewan peperiksaan. jangan lupa minta maaf pada guru yg mengajar mohon keberkatan ilmu dicurahkan dan bermaafan sesama rakan rakan sebab sebagai manusia kita tak lari dari buat hati kawan tersinggung semoga hati kita tenang dan dapat jawab soalan dengan dada yg lapang

bubye darlas :P

Monday, November 4, 2013

Quality Time

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

seperti yang sedia maklum, hari ni merupakan Cuti Umum sempena Maal Hijrah. apakah pengisian anda untuk hari ini? duduk rumah? dating? movie?

hari ni i duduk rumah sahaja memandangkan pada hari Sabtu yang lepas i da dapat my 'Quality Time' walaupon sekejap tapi nilainya lebih bermakna. walaupon hanya spend few hours, but aiyem very happy.

last Saturday, i'm decided bawa my mom and bro pergi makan makan sampai pening. kerana kami menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, i bawa pergi Mid Valley je la pon mampu. for me, Mid Valley very the suitables for family. keluar rumah dalam jam 2 petang. haa sebenarnya makan makan ni sebagai tanda penghargaan kepada my bro yg baru dapat result UiTM

sampai je terus pergi lunch. sebab dah lapar sangat. disebabkan hari tu adalah Deepavali, ramai gila babs okay orang. luckily dekat Pizza Hut ada seat walaupon tunggu food ready to serve, it's taking almost 30minutes or even more. seriuosly tak tahu nak makan apa sebab orang ramai. kitorang order Pan Pizza Hawaiaan Chicken, Baked Meatballs, Deli Wings and  Seafood Lasagne. Minuman pula kami order; Iced Chocolate Float, Asam Boi Fizz and Ice Lemon Tea i punya lettew.

lepas lunch treat, kitorang pon pusing la 1 Mid Valley. keluar masuk kedai itu ini. actually i da pergi few pharmacy and mall cari lipstick yg i guna untuk harian. lipstick murah je. Revlon Craving Cocoa number 008. rupanya dah discontinued. haa mana nak cari ni? i da pergi MAC pon tak ada warna yg macam tu. Bobbi Brown pon sama. i nak matte lipstick. i tak suka yg gloss ke shine ke apa ke. i suka matte. jadi pengakhiran hari tu sia sia je la.



i hanya beli barang untuk my mom je masa tu. ehh untuk i pon ada 1 benda je. i pergi Jelly Bunny nak beli sandal tapi yg i nak tu tak ada. benci tahu tak? bila nak je tak ada :( 
i sebenarnya cari new high heels yg very comfy untuk kerja juga. yg bila i pakai pusing pusing 1 KL pon i boleh maintain cun.tapi kan, belum ada. i pernah beli Charles&Keith tapi tak sedap langsung pakai mesti sakit kaki. kalau Vincci dengan Nose tu jangan cakap lah. berlambak sangt dah. Aldo ada 1 wadges tu pon sponsored tapi tinggi boleh tahan. jadi i pon bercita cita nak beli Primavera pulak selepas i cuba haritu tapi i pergi baru baru ni takda less pulak. 20% - 30% pon jadilah. tapi adalah few shoes i da try beli je belum antaranya Sembonia dengan Carlo Rino macam best juga.

Valentino

okay sambung cerita Mid Valley, da puas berjalan sebelum balik pergi makan kek pulak. serius waiter kat Secret Recipe Mid Valley berlagak macam harey. i order kat table, supervisor dia cakap order kat depan kat cake counter. bila pergi cake counter suruh order kat table pulak sebab alasannya dia tak tahu nombor meja kita. i pon cakap ' table number 31 ' dia cakap order kat table. i pon cakap lagi, ' ur staff with black shirt suruh order sini, you suruh order kat table? ' sambil buat muka kerek. terus dia kata okay dan ambil order i. takda standard SOP ke korang ni? tapi biasanya aku pergi secret aku order kat mana pon, tak pernah lagi staff dia bagi arahan kat customer.

disebabkan i da lama mengidam Brownies Cake maka i pon order Brownies Walnut. untuk Mak i order Premium Red Velvet tapi tak dapat lawan Cameron Valley punya Red Velvet. my bro order White Chocolate Macadamia dengan Vanilla Shake. woii kau tak takut kencing manis ke :(
sejujurnya i kecewa dengan servis Secret Recipe Mid Valley. it's sucks man. kalau tahu baik i spend duit lebih sikit pergi Delicious.blergh !

habis makan kek kita pon nak balik. sempat lagi singgah beli Roti Boy. muahahaha in 4 hours different kitorang boleh makan macam macam. mana tak gemuk woi. tapi sesekali boleh lah. ni lah yang i namakan Quality Time. walaupon singkat ianya sangat sangat membahagiakan. dari spend 4 hari 4 malam tapi tiada yang membahagiakan buat apa kan? singkat dan sekejap tapi pengisiannya membawa bahagia.Kualiti itu lebih penting daripada Kuantiti


welcome back to me

holla.i'm back :)

dulu dulu blog ni dah ada tapi i da terminate sebab i busy la konon.tapi hari ni i cuba ambil kesempatan wujudkan blog ni semula dek kerana i memang suka menulis dan bercerita.

sebelum tu, Salam Maal Hijarah 1435H buat semua muslim. semoga menjadi tahun yg baik dan selalu lebih baik dari yg kita telah lalui dari hari hari sebelum ni.

okey, i nak ice-breaking sikit. ececeyh! sekarang i dah tak kerja kat ofis lama dah kat Publika. dalam laman lepas i ada cerita pasal ofis i kat Publika tu. sekarang i kat Phileo Damansara. masih lagi memegang amanat sebagai Secretary tapi sekarang kepada CEO pulak. harap i masih ada masa lagi.

sebenarnya masa nak buat keputusan hari tu, itulah keputusan diantara yg terberat nak kena buat. i happy sangat kerja dengan team kat Publika tapi faham lah, demi mengejar kemahuan dan keinginan yg bertingkek kena lah ada perubahan. jadi i terpaksa lepaskan segala rasa yang tertinggal di Publika since office Publika i pon dah pindah ke Plaza Damas sekarang ni. big THANKS to all the team. dengan team ni i banyak belajar benda baru dan belajar banyak benda yg i tak pernah expect pon.

i start blogging 3 years back. masa tu i tengah hangat bercinta. lepas tu i da terminate blog tu dan create new blog masa i tengah frustrated. muahahaha :D 
now i'm back dengan hati terisi. i pon rasa da semakin matang di usia 26 tahun ni. jadi seawalnya i mohon ampun dan maaf kiranya tulisan i nanti penuh dengan pengisian cinta. tapi sesiapa yg pernah baca blog i, i bukan blogging pasal perasaan je. i suka talk. i akan bercakap pasal banyak benda yg terkait mahupon tidak dengan i.

sambung later. harap jangan menyampah. bubye darlas :D