Wednesday, November 6, 2013

SPM and ME

Assalamualaikum
holla holla :D

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM bagi mereka yang lahir tahun 1996
yang repeat paper pon Good Luck juga 

i SPM Tahun 2004. korang? teka lah i lahir tahun berapa? tekalah umur i berapa? okey i lahir 1987 dan berumur 26 tahun. tak yah lah kira. i da kategori kakak kakak da da melepasi pertengahan 20an menuju ke 30. urghhh tuanya rasa


mengimbau pada Tahun 2004 masa i masih muda remaja masih geletis geletis macam keladi di tengah air. tapi i jenis serius dalam study. walaupon nampak i macam banyak main dan boleh mohon kerja jadi Polis Peronda yg asik meronda 1 taman tapi masa belajar i memang belajar. FOKUS

kalau cikgu tengah mengajar mimpi lah nak ajak i berborak. melainkan cikgu tu membosankan i atau i memang tak suka cikgu tu. hahahaha i suka belajar tapi kadang kadang sebab cikgu tu buat pelajar yg rajin macam i jadi malas. serius okay


lagi 1 jenis cikgu yg ada pelajar favourite dan pilih kasih. kau pandai mana pon dia tak pandang sebab dia ada favourite student dia. dan suka pandang rendah pada pelajar yg lemah. i paling benci manusia yg macam ni. tak kisah lah cikgu ke cikgi ke cikga ke, ingat amanah dan tanggungjawab seorang GURU bukan hanya sekadar menggunakan kuasa. kerjaya yg mulia seringkali tercalar dengan sikap sebilangan kecil yg kurang memahami konsep dan pengisian amanah itu

pada masa ni la pelajar memerlukan sokongan moral dari keluarga. lebih lebih lagi ibu dan ayah. sebolehnya minggu SPM ni, ibu dan ayah bagi sedikit ruang kebebasan minda pada anak anak. maksud i jangan lah asyik membebel yg enggak enggak. bebas tapi masih dalam pemantauan

masa SPM dulu, i masih ada kebebasan nak pergi Pasar Malam, jadi Polis Peronda, baca majalah, sms boyfriend, makan mamak etc etc. tapi kena lah tau batasan dan had yg dibenarkan. contoh malam ni ada study group, malam esok i boleh tengok Astro sampai pagi. muahahaha
tapi ibu dan ayah kalau nak tegur anak pon tegur lah secara mesra.contoh ya;

A) Samad!!kau ni apa nak jadi la.baca buku pon malas.kau ni nanti layak kerja kedai tayar je

B) Samad, mak tengok kau tak baca buku pon. kau kan nak exam lusa. cuba lah ulangkaji, bukan untuk mak tapi untuk kau juga nanti. Mak kalau boleh biarlah kau jadi Doktor 

C) Samad! Kau pergi baca buku sekarang. kau jangan nak malukan aku nanti. anak orang lain berkejar masuk U kau tu nanti jadi pion je. anak orang lain berjaya kau tu??


homaigad. parents jenis A dengan C ni aku ada perasaan ishhh sikit. i tak tahu lah korang tapi i memang tak boleh. mungkin sebab i tak dibesarkan dengan cara macam ni. kata kata ibu bapa tu kan doa. apa salahnya cakap elok elok. walaupon ada makcik yg akan cakap " eh, kau apa tau? aku yg besarkan anak aku. aku tahu lah macam mana nak cakap dengan dia ". okay okay. i know, they're not my kids. tapi asal berjaya je mesti Doktor. apa pada pemikiran kita ni Kerani cabuk kat kilang tu tak berjaya ke? faham tak apa istilah BERJAYA? macam tu semua orang kena jadi Doktor baru lah diakatakan berjaya kan?

aku berjaya.kau loser.

kita juga kena lah tahu kemampuan kita. dan ibu bapa juga harus sedar. kalau kemampuan anak tahap LULUS semua janganlah expected dapat straight A sebab tak nak malu dengan jiran. kita patut malu dengan Allah bila kita tak dapat terima hakikat. tak semua bertuah dilahirkan dengan otak yg cerdas dan pintar. pemakanan dan persekitaran sejak kecil tu yg membantu minda anak anak ni membesar. kalau umur 17 tahun baru paksa makan kismis sebotol sehari pon belum tentu dia ingat semua dia belajar 1 tahun tu. tapi janganlah pulak menyalahkan takdir " aku ni bodoh .tak macam kau pandai ". haa kalau cakap macam ni, nak tengok dia bodoh ke tidak suruh dia terjun loji. kalau terjun memang tak dapat buat apa kalau dia tak terjun maknanya dia masih ada akal untuk berfikir. jadi kalau nak BERJAYA dia mesti boleh fikir apa usaha dia perlu buat. kalau dah USAHA masih belum capai, mungkin USAHA tu belum cukup dan rezeki tak berpihak pada dia.



study management korang macam mana pulak? i bangsa yg last minute study tapi bukan 15 minit sebelum exam. contoh nya kalau exam esok pagi, malam ni i akan study dan baca. kira macam persiapan akhir lah ni. sebab biasanya, lepas belajar kat sekolah weekend i akan buat summary apa i dah belajar dan i akan tulis atas kertas lain yg i boleh lipat lipat. sebab manusia ni sifatnya suka pada yg cantik kreatif lah guna pencil warna ke apa ke. tapi i punya guna pen biru-merah-hitam dan pensil je. i suka yg simple. sometimes, less is more brah :D
okay back to study management, i akan baca malam sebelum exam. walaupon i ada niat okey tido awal, pukul 4 pagi nak bangun. sudahnya memang 630 pagi baru i bangun. i boleh study paling lama 3 jam. sebab tu i fokus dalam kelas sebab i tahu i tak boleh study lama lama. jadi korang kena lah sedar diri korang kat mana. kalau rasa korang bangsa yg kena study 8 jam sehari selamat lah korang masa nak buat Thesis kat universiti nanti. ekekeke. anda buat anda dapat. macam i, i buat untuk 5A je, kalau korang rajin buatlah jadi 13A

SPM ni bukan penentu masa depan. kita kena sedar, masa depan kita sentiasa berubah berubah dengan apa yg kita lalui hari ni. masa depan adalah perkara yg kita tak dapat jangka. contoh macam Pak Cik Azman Nayan, dia sendiri tak tahu sebalik insiden kena maki jantan dayus oleh bini Mat Yo hari ni dia jadi pelakon. kalau kau gagal SPM itu cuma 1 dari cabang kehidupan. SPM ni memulakan permulaan melangkah ke arah kehidupan matang. selepas SPM ni habis sudah zaman manja minta di suap. kalau yg masuk Uni di sana nanti kau akan belajar menguruskan kewangan PTPTN. muahahaha
adakah PTPTN untuk 1 semester akan habis dalam tempoh 1 bulan atau cukup sampai habis semester. yg terus bekerja kau akan rasa macam mana susah ibu dan ayah cari duit dan lebih menghargai wang syiling 10 sen. tak percaya tengok lah :D


okay panjang sangat ni. ni cuma pandangan seorang bernama AIN daripada penglihatan dan pengalaman di usia 26 tahun. itu pandangan peribadi i. kalau tak suka i minta maaf. pada yg tengah SPM pastikan cium tangan ibu dan ayah semasa keluar rumah dan di restui melangkah ke dewan peperiksaan. jangan lupa minta maaf pada guru yg mengajar mohon keberkatan ilmu dicurahkan dan bermaafan sesama rakan rakan sebab sebagai manusia kita tak lari dari buat hati kawan tersinggung semoga hati kita tenang dan dapat jawab soalan dengan dada yg lapang

bubye darlas :P

No comments:

Post a Comment