Monday, November 11, 2013

This I Promise You

Assalamualaikum
holla darlas

ok tetiba tajuk lagu NSync kan? ok tetiba boyfriend SMS " i call you jawab dan dengar je " selepas i jawab OK terus dia call dan tiba tiba lagu ni. muahahaha by the way handphone i masih dalam kereta dia. handphone i sedang bercuti di negeri jelapang padi iaitu Kedah. asalnya i charge phone dalam kereta dia kemudian tertinggal phone masa dia nak balik kampung hari tu. 



hari hari yg terlalu amat bosan tanpa sesuatu di panggil 'smart phone'. i bukan gadget freak ke anti social ke. tapi sangat 1 kepentingan dan keperluan. habis kredit i RM30 minggu ni. i pakai 2 number, yg 1 ni memang untuk buat call. habis sebab i can't whatsapp. semua benda nak tanya i prefer to call. sebab i tak nak lah orang lain kena bazir kredit balas SMS melayan soalan atau apa apa kepentingan i.


hari tu i ala ala berjanji nak update hari hari lah blog ni. tapi inilah di panggil JANJI. alah buat JANJI tu senang nak melaksanakan je yg susah. sebab tu lebih ramai yg suka buat JANJI dari melunaskan JANJI. termasuk lah i. kadang kadang secara tak sengaja ter JANJI. tetapi sebab adanya perkataan MAAF sebab tu ramai yg ingkar pada JANJI. kalau yg biasa biasa tu ok lah. kalau yg tak biasa tu kalau selalu sangat pon menyampah juga kan?

kalau rasa diri sendiri tak mampu nak melaksanakan JANJI jangan lah ber JANJI kerana JANJI itu tersangatlah BERAT sifatnya. walaupon bunyi nya amat mudah tetapi jangan lah segera membuat janji kerana kita masih ada perkataan INSHA ALLAH atau bahasa melayu nya, jika diizinkan Allah.
 

semalam i betting dengan boyfriend berkenaan MU vs Arsenal. sebab i macam confident je i pon cakap, " kalau team i menang you nak bagi apa? "  mula mula dia jawab " eleh.kalau menang pon bukan you yg main ". tsk tsk. then dia terus cakap " kalau team you menang i bagi you iPad Mini i ". muahaha sebenarnya tu yg i nak dengar. eleh dia bukan guna sangat pon sejak beli. hanya gunakan untuk gaming sahaja. tak pon check email. serious kau membazir je beli menalah tu okay.

lepas tu dia cakap " kalau team i menang macam mana? " huh? jeng jeng jeng. memang tak lah i nak bagi dia apa apa kan. " sebab i rasa MU menang malam ni, just a simple deal. kalau MU menang, esok (ISNIN) you belanja i tea break? boleh? " okay okay. takda hal lah. sebab Arsenal kalah maka punahlah harapan i nak main Candy Crush dgn iPad Mini percuma. aiyem so sad brah.


mengikut JANJI i kena belanja hari ni. disebabkan dia baru on the way ke KL dari Jitra pukul 3pm tadi rasa rasa patot tak i tunggu dia? hahaha jadi dia pon cakap " i'm sorry dear. i can't make it today. how about tomorrow? " yes! yes! i suka peluang ni. " ok. but it will be your turn my treat is only for today. Thanks God " hahahaha. ni benda benda selalu terjadi. i tak suka JANJI dengan boyfriend. kalau JANJI pon i tak akan mengharap sebab dia terlalu lalu lalu sibuk dengan kerja. tapi takpa i faham.


i nak jumpa petang ni sebab i nak handphone i. sebab i da jammed sangat ni. dengan contacts i dalam tu. banyak sangat urusan i selepas dapat handphone esok. paling i tunggu nak jumpa dia lah. kapan kamu mahu pulang? aku kangen banget sama kamu. ini SMS yg aku hantar setiap 2 hari dalam seminggu lebih ni. kah kah kah


jadi pengajaran yg i nak bagi tahu, kepada yg ber JANJI bila tak dapat tunaikan JANJI tu segera beritahu dan minta MAAF jangan lah buat tak reti atau buat buat lupa. tapi kalau memang da terlupa tu nak buat macam mana. setiap orang ada alasan sendiri kan? kita hanya merancang tetapi DIA ada perancangan yg lebih baik untuk kita. setiap yg terjadi akan tiba masanya. tidak akan awal sesaat mahu lewat sesaat. lagi pon kita ada perkataan INSHA ALLAH kan lebih manis jika kita gunakan perkataan itu ye dop. kerana kita hanya merancang sahaja manakala JANJI Allah itu pasti dan akan tiba tepat masanya.

selamat malam cinta ku








No comments:

Post a Comment