Tuesday, November 26, 2013

Telur Atau Ayam Goreng

holla all

seminggu juga tak update. broke up the promises. ekekekeke

sebenarnya i tersangatlah tak cukup masa. mana tak nya, minggu ni 2x i ke Kota Bharu. walaupon i ada flight complimentary tapi i driving pergi sana sebab i boleh bawa Mak dan Adik berjalan kan? nampak tak betapa family woman nya i :)

cerita pasal Kota Bharu tu nanti nanti lah. ni cerita pasal semalam selepas i hantar kereta untuk di servis. dek kerana i lambat i telah meminta Pak Mail untuk membawa kereta i untuk di servis di Pusat Perodua. jadi masa tu da pukul 2 petang memang tak sempat nak siap lah.sebab banyak sangat kereta. jadi i suruh Pak Mail bawa balik, hari ni (Selasa) suruh Pak Mail servis dan esok (Rabu) i akan datang ambil. nasib la Pak Mail sangat berbaik hati 

i pergi naik kereta. jadi bila kereta dah kat Pak Mail, i kena balik naik train. lepas tu i rasa macam, hurm nak naik bas la. dekat sikit mak nak jemput. i pon terkedek kedek memanjat bas. i manusia yg tak kisah, naik bas boleh naik train boleh, naik kereta boleh, naik motor boleh. tak ada pantang larang pon. i cuma tak suka naik kenderaan yg busuk dan panas. itu sahaja 

i dalam bas, depan i duduk lah seorang bapa bersama seorang anak perempuan dalam usia 7 tahun dan anak lelaki 5 tahun. anak anak bersih cuma kurang terurus. si bapa membawa beg besar yg diisi baju. si bapa mungkin berusia lewat 40an atau awal 50an. mula tertanya tanya, mana isteri dia?

tiba tiba, terdengar perbualan yang berbunyi begini ;-

anak : abah malam ni kita makan telur goreng ke?
bala : *diam
anak : abah abah.abah banyak duit nanti abah beli ayam.abah masak ayam goreng


si bapa hanya diam dan mengangguk. mungkin malu mungkin juga mengiyakan kata kata anaknya. sampai hari ni i masih tertanya tanya dimanakah isterinya? ibu kepada anak anaknya. meninggal dunia atau bercerai? 

i meletakkan kehidupan di masa akan datang. sekiranya ada anak, dan umur tak panjang untuk bersama sama dengan anak anak, apakah nasib anak anak i ketika itu? sekiranya bapa anak anak i adalah lelaki yg sedang bertakhta di hati i sekarang, i yakin dia mampu jaga anak anak dengan baik dengan bantuan 'maid' tapi hidup tak sentiasa di atas. macam mana pulak i di tempat itu. tidak punyai suami dan harus membesarkan anak anak. secekal mana hati i untuk mengharungi kehidupan itu kelak

insha Allah, jika bertemu jodoh i dengan si dia cerahlah masa depan anak anak i dan i berjanji dengan diri sendiri akan memberi kehidupan yg jauh lebih baik kepada anak anak i kelak. sekiranya. so mak cik mak cik busy body kat luar sana yg kecoh sangat cakap i memilih, i ada alasan kenapa i memilih. i memilih lelaki yg boleh bimbing dan menerajui keluarga dengan baik serta menjamin masa depan anak anak i kelak. kita tak tahu apa di hadapan, sebab tu kita kena lebih berhati hati

dalam kes ni i tak salahkan sesiapa. mungkin itu bahagian dia yg telah ditetapkan tetapi dia masih boleh ubah kehidupan dia dengan lebihkan sedikit usaha. kesusahan hari ini, mana tahu salah seorang daripada anaknya nanti bergelar usahawan berjaya kan? semoga dia terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak anak dalam kehidupan yg semakin mencabar tekanan dari arus kemodenan dan kemajuan yg kita nikmati sekarang. kita yg menikmati kesedapan di dalam kehidupan, ambil sedikit masa untuk mengucapkan syukur dan lihatlah di belakang kamu, masih ada mereka yg jauh lebih susah yg kamu sendiri tidak tahu

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment